Punca Kuasa

  • Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam pada 23 Oktober 2018 bersetuju supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Kajian Pembaharuan Perkhidmatan Awam yang berfokuskan kepada Pengurusan Sumber Manusia. Dalam hubungan ini, lima (5) Jawatankuasa Teknikal (JKT) telah ditubuhkan iaitu JKT Pembangunan Organisasi; JKT Pembangunan Bakat dan Perkhidmatan; JKT Dasar Saraan; JKT Pasca Perkhidmatan; dan JKT Penyampaian Perkhidmatan. JKT ini akan dipengerusi bersama oleh Pengarah Bahagian terpilih di JPA dan wakil Kementerian/Agensi.
  • Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan bertarikh 13 Julai 2018 bersetuju supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengetuai Jawatankuasa Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan berfokuskan kepada Pengurusan Sumber Manusia.