Objektif
- Menumpu fokus pembaharuan berdasarkan manifesto Kerajaan Persekutuan Pasca PRU-14 (Janji 21,19 dan 24);
- Menyokong usaha Kerajaan untuk mengurangkan kos, mengurangkan defisit fiskal, meningkatkan pendapatan serta mengecilkan saiz perkhidmatan awam; dan
- Menambah baik tadbir urus perkhidmatan awam secara menyeluruh selaras dengan aspirasi Kerajaan baharu. Pembaharuan ini merangkumi struktur organisasi, skim perkhidmatan, perkhidmatan dan kemajuan kerjaya, pembangunan bakat, saraan, pencen, perhubungan majikan-pekerja dan penyampaian perkhidmatan.