Latar Belakang
- Kerajaan Persekutuan Pasca PRU-14 telah mencadangkan beberapa pembaharuan seperti pembaharuan Fiskal, Institusi Kehakiman dan Perundangan, Perkhidmatan Awam, Struktur, Nilai dan Federalisma.
- Dalam hubungan ini, ianya perlu dilaksanakan (dalam bentuk program dan inisiatif) dalam jangka masa pendek (quick-win), sederhana dan panjang.
- Dasar-dasar baharu dan sedia ada Kerajaan Persekutuan, akan mendasari program dan inisiatif yang akan mempunyai kesan secara langsung kepada pelbagai lapisan masyarakat.
- Dalam hal ini, Perkhidmatan Awam merupakan segmen pembaharuan (reform) terpenting dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 dalam mencapai Wawasan 2020.