Inisiatif

Reformasi terhadap struktur, tadbir urus dan sistem dan prosedur kerja memerlukan inisiatif strategik yang memberi impak besar kepada penjawat awam.

Dasar-dasar baharu dan sedia ada Kerajaan Persekutuan akan mendasari program dan inisiatif yang akan mempunyai kesan secara langsung kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Inisiatif yang dirangka kelak akan meningkatkan keberkesanan Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia khususnya dalam konteks kenaikan pangkat, sistem saraan yang lebih kompetitif, organisasi yang fleksibel, menggariskan pelan latihan yang lebih komprehesif dan lain-lain inisiatif supaya ianya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan cekap di Kementerian dan Agensi kelak.

Inisiatif Pembaharuan ini ada juga sedang dan akan dilaksanakan dalam jangka masa yang dipanggil Fasa Quick Win, Sederhana dan Panjang.