Fokus Pembaharuan: Tadbir Urus
Merujuk kepada Kementerian/Agensi yang bertanggungjawab dalam mentadbir entiti dengan cara:
- Menggalakkan pengurusan dan penggunaan sumber awam yang betul bagi pihak berkuasa yang bertanggungjawab;
- Menggalakkan pencapaian tujuan sesuatu agensi; dan
- Menggalakkan kemampanan kewangan agensi.
Mentadbir dan mengurus fungsi dan hal ehwal Kementerian/Agensi mengikut dasar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa serta arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa dalam bentuk Akta, Pekeliling, prosedur dan lain-lain; dan
Memastikan penyampaian perkhidmatan dan kerjasama untuk mencapai outcome dengan agensi awam lain bagi mencapai objektif keseluruhan Kerajaan yang ditetapkan kepada pihak awam.