Fokus Pembaharuan: Sistem Dan Prosedur

Memfokuskan kepada mereka bentuk semula proses perniagaan teras untuk peningkatan dalam produktiviti, kitaran masa dan kualiti. Perkhidmatan awam mungkin juga perlu mengkaji semula proses sedia ada untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih memberi nilai kepada pelanggan.

Biasanya penggunaan sistem nilai baharu yang berfokuskan kepada keperluan pelanggan. Kementerian/Agensi mengurangkan hirarki organisasi dan menghapuskan aktiviti yang tidak produktif.

Biasanya dikenali sebagai “Business Process Reengineering”- merupakan inisiatif perubahan yang dramatik dan mengandungi lima langkah utama yang perlu diambil oleh Kementerian/Agensi:

  • Memfokus semula nilai-nilai organisasi terhadap keperluan pelanggan.
  • Mereka bentuk semula proses teras, biasanya menggunakan teknologi maklumat bagi membolehkan penambahbaikan.
  • Menyusun semula organisasi menjadi pasukan rentas fungsi (with end-to-end responsibility for a process).
  • Mengkaji semula asas-asas organisasi dan isu berkaitan rakyat.
  • Meningkatkan proses perniagaan merentasi organisasi.