Pegawai farmasi tidak dibenarkan memohon jawatan selain pegawai farmasi melalui

Selamat pagi. Saya salah seorang pegawai farmasi kontrak yang akan di tamatkan kontrak beberapa bulan lagi. Justeru itu, saya ingin memohon beberapa jawatan lain selain pegawai farmasi melalui SPA memandangkan jawatan farmasi menggunakan sistem kontrak. Tapi, malang sekali, saya tidak dapat memohon selain dari jawatan pegawai farmasi sedangkan jawatan tersebut menggunakan sistem kontrak.
Saya rasa ini sangat tidak adil kepada saya dan pegawai farmasi lain. Saya ada membuat aduan kepada pihak SPA berkenaaan isu ini tetapi mereka telah memaklumkan saya bahawa ini adalah dasar yang telah ditetapkan pihak JPA dan KKM. Saya secara personal merasakan dasar ini tidak lagi relevan dengan isu kontrak pegawai farmasi. Saya memohon pihak berwajib untuk meneliti semula dasar yang tidak membenarkan pegawai farmasi memohon jawatan selain pegawai farmasi. Saya secara waras menggunakan medium ini untuk perhatian pihak tuan. Saya ucapkan terima kasih.

Sila Log Masuk untuk menyertai forum dan memberi komen anda.

Moderator: NORADIANA BINTI MOHD ISMAILNURMIZA BINTI ZAKARIA