Sistem penilaian bagi urusan kenaikan pangkat

Sehingga kini, masih tiada kaedah penilaian kompetensi yang baharu bagi menggantikan peperiksaan PTK dan program PROSPEK yang masing-masing telah dimansuhkan dan dibatalkan. Pelaksanaan dasar kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan khususnya kepada pegawai Kumpulan Pelaksana yang telah berkhidmat 13 tahun pula tidak membantu dalam meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang penjawat awam. Dasar tersebut juga meningkatkan jurang perbezaan pendapatan di antara kebanyakkan skim perkhidmatan sebagai contohnya seorang anggota PDRM/ATM/perkhidmatan beruniform yang lain berpeluang dinaikkan pangkat dari gred gaji 19 sehingga ke gred gaji 29 dalam tempoh 20 tahun perkhidmatan berbanding skim perkhidmatan lain. Seharusnya kesemua penjawat awam hendaklah diberi peluang yang sama bagi memperoleh anjakan gaji dan laluan pantas kenaikan pangkat berdasarkan kompetensi kerja, profesionalisme dan kecekapan sistem penyampaian kepada masyarakat. Hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berpendapatan tinggi harus disokong oleh modal insan minda kelas pertama.

Sila Log Masuk untuk menyertai forum dan memberi komen anda.

Moderator: SITI NADIAH ALSADAT BINTI SHUKRRAN HILMI ALSADATMOHD AZLAN BIN MOHD RADZIARIF HIZAMI BIN MUSARASIDI BIN BAHARDIN